fbpx

Dunia selebriti, ‘body shaming’ berpisah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA nama popular yang sering menjadi bahan usikan berhubung tubuh badan mereka.

SEJAK berkongsi hubungan percintaan secara terbuka, tunang pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menerima kecaman. Ada juga yang ‘menggelegak’ dengan bentuk dadanya.

Semuanya gara-gara Watie yaDunia selebriti dan ‘body shaming’ berpisah tiadang sering ‘menonjol’ dengan perkongsian dalam media sosialnya berpakaian agak ketat walaupun sudah berhijab.

WATIE HANAFIAH

Lebih mendapat perhatian ramai apabila Watie dibandingkan dengan perwatakan bekas isteri Shuib, Allahyarham Siti Sarah.

Justeru, ramai peminat memanjatkan doa agar Watie lebih cermat menjaga penampilannya selepas berkahwin dengan Shuib 23 Jun nanti.

Minggu ini, HibGlam merangkumkan beberapa selebriti terkenal tanah air yang pernah terkena badi ‘body shaming’ akibat komen netizen.

BELLA DOWANNA

BUKAN sahaja Janna, pelakon Bella Dowanna turut terkena tempias pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ kerana memiliki fizikal yang sedikit berisi.

Menurut laporan Kosmo! sebelum ini, gurauan bersifat seksual yang memperlekehkan fizikal seseorang bukan lagi satu perkara asing kerana sudah berlaku kepadanya sejak lama dahulu.

“Saya pernah disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru yang saya sifatkan sebagai jahat.

“Mereka sedang berbual dan berkata ‘besarnya betik’ ketika saya lalu di hadapan mereka. Maksudnya apa?” katanya.

Pemilik nama lengkap Qystinna Istajibilla Dowanna Halim itu bagaimanapun kekal tenang dan positif serta menganggap hinaan sedemikian sebagai motivasi untuknya mendapatkan berat badan ideal.

HAFREEZ ADAM

SEMASA awal kemunculan dalam dunia seni, pelakon Hafreez Adam memiliki wajah dipenuhi jerawat batu yang teruk sehingga hilang keyakinan diri.

Sewaktu mendapatkan rawatan, doktor menjelaskan faktor mukanya ditumbuhi jerawat dengan banyak kerana sering menjamu makanan berasaskan laut atau seafood.

Bimbang masalah tersebut berlarutan, Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berpuasa dari makan makanan laut selama lima tahun.

AIZAT AMDAN

BIARPUN merupakan selebriti lelaki, penyanyi Aizat Amdan tidak terlepas menjadi mangsa ejekan apabila berat badannya kembali ‘berisi’ selepas berkahwin.

Namun, pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu mengakui kurang berkongsi perkembangan dalam media sosial bagi mengelakkan isu body shaming atau menghina fizikal terus menjadi perhatian.

Cuba tidak mengendahkan kata-kata liar yang dilemparkan segelintir individu, sebagai insan biasa, akuinya, dia kadangkala terguris.

Ketika awal kemunculan dalam Akademi Fantasia musim lima Aizat pernah ‘berisi’, namun tekun mengikuti rutin senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat hingga mampu mencapai berat ideal.

JANNA NICK

TAHUN lalu, Janna berkongsi sebuah video dalam Instagram mengenai dirinya yang menjadi mangsa ‘body shaming’ kerana memiliki paha yang agak besar.

Penyanyi lagu Gatal itu menerima kritikan berhubung saiz badannya dan dijadikan sebagai bahan jenaka oleh rakan-rakan terdekat.

Tidak menganggap sekadar gurauan, Janna mengakui perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan gurauan kerana impaknya mungkin berbeza bergantung penerimaan individu.

Sedar akan perubahan fizikal, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu cuba untuk mengurangkan berat badan.

Namun, atas faktor kekangan waktu dan jadual kerja padat menyebabkan dia tidak dapat meletakkan fokus terhadap aktiviti senaman.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI