fbpx

Belanjawan 2021: BSH ditukarkan kepada BPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BPR merupakan bantuan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

Katanya, pemberian BPR dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.

“Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,800.

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800 manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200,” katanya.

Sementara itu, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001-RM5,000 dan seorang anak akan menerima RM500 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, RM750.

“Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI