fbpx

NL: Sepanyol lebih handal ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN layak ke final Liga Negara-Negara Eropah sedikit sebanyak mengubati aksi hambar Sepanyol pada saingan Piala Dunia lalu. – AFP

ENSCHEDE, Belanda – Pe­ngendali Sepanyol, Luis De La Fuente mengakui motivasi anak-anak buahnya cukup tinggi dalam usaha menjulang trofi antarabangsa selepas mara ke final Liga Negara-Negara Eropah dengan menewaskan Itali 2-1 awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir di Stadium De Grolsch Veste itu, skuad La Roja berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Yeremy Pino dan Joselu, manakala Itali mendapatkan gol tunggal menerusi Ciro Immobile.

Menurut Fuente, kemenangan yang diraih sedikit sebanyak dapat menutup mulut pengkritik yang menghentam pasukan ketika tidak beraksi dengan tahap sebenar pada perlawanan antarabangsa bulan Mac yang lepas.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan lebih bangga apabila pasukan dapat memberikan aksi kompetitif dengan menandingi skuad hebat seperti Itali.

“Moral pemain ketika ini sa­ngat tinggi, tetapi saya tidak mahu mereka mendabik dada sebaliknya fokus kerana kita perlu mengharungi perlawanan final lebih getir nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Fuente yang menggantikan posisi Luis Enrique pada awal tahun ini meng­akui cukup berpuas hati dengan impak yang dipamerkan oleh pemain naturalisasi baharu pasukan kelahiran Perancis, Robin Le Normand.

“Secara jujur, kami telah meneliti kelibat Normand untuk tempoh yang cukup lama dan sangat gembira apabila akhirnya dia rasmi diberikan kerakyatan pada bulan lepas.

“Mengenai prestasi, sudah pasti saya berpuas hati walaupun tidak bernasib baik apabila menghadiahkan sepakan pe­nalti kepada lawan. Namun, situa­si tersebut tidak mengganggu fokusnya untuk kekal tenang membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Normand yang berusia 27 tahun mengakui agak gugup pada awal permainan tetapi bantuan pemain-pemain senior seperti Jesus Navas dan Aymeric Laporte banyak membantunya di atas padang.

“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan debut, tetapi saya akui dapat beraksi de­ngan baik hasil bantuan pemain seperti Navas dan Laporte,” kata tonggak pertahanan kelab Real Sociedad itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI