fbpx

Ayah kahwin sembunyi, anak jadi mangsa nikah abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mengetahui perkahwinannya selama ini tidak sah kerana suaminya itu merupakan abang kandung sama bapa dengannya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wanita tersebut telah bercinta selama tiga tahun dengan lelaki berkenaan dan merancang untuk berkahwin selepas tamat belajar.

“Wanita ini menceritakan, dahulu bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. Tiga tahun bercinta, jadi sudah rancang untuk berkahwin selepas graduasi.

“Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun,” katanya.

Jelasnya, wanita tersebut kemudiannya berkahwin dengan lelaki berkenaan dan memperoleh seorang cahaya mata.

“Selepas tamat belajar, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung sulung sebagai walinya dan berjaya memperoleh cahaya mata selepas dua tahun,” ujarnya menerusi kapsyen.

Bagaimanapun, wanita itu mula menyedari suami yang dikahwininya itu adik-beradik sebapa setelah ibu mertuanya menunjukkan sijil nikahnya.

“Keinginan wanita ini untuk melihat sijil pernikahan ibu mertuanya tersebut membuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di Thailand.

“Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut,” katanya.

Fahmi menasihati orang ramai supaya mengambil ikhtibar kisah ini dan tidak berkahwin secara sembunyi kerana bimbang berlaku kemudaratan pada masa akan datang.

“Janganlah senyap dan sembunyi. Kalau dah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI