fbpx

Belanjawan 2021: 4 pakej rangsangan ekonomi RM305 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Demi melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kerajaan memperkenalkan empat pakej rangsangan ekonomi Prihatin dan Penjana berjumlah RM305 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pakej rangsangn itu akan dipantau unit Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) untuk memastikan pelaksanaan yang cekap.

“Ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 6.5% ke 7.5% pada tahun 2021 dengan sokongan pakej rangsangan ekonomi ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI