fbpx

Perahu berhias tarikan HPPNK 2023 di Pantai Irama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian perahu berhias yang memeriahkan HPPNK 2023 di pesisir Pantai Irama, Bachok, hari ini. Foto TOREK SULONG

BACHOK – Sebanyak 30 perahu berhias milik nelayan pesisir pantai di sini, menjadi tarikan pengunjung di tapak ekspo Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bachok, Saripudin Ishak berkata, seramai 500 warga nelayan terlibat menjayakan acara berkenaan.

Menurutnya, acara itu julung kali dianjurkan sempena HPPNK tahun ini bertujuan untuk mempamerkan kreativiti, kesepakatan dan peluang keluarga nelayan mempromosikan produk pelancongan berasaskan kerja menangkap ikan.

“Sebanyak 15 buah perahu skoci dan 15 buah perahu fiber dihias dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Kelantan dilabuhkan di pesisir Pantai Irama.

“Suasana tersebut sekali gus menggamit perhatian ramai dan berpotensi dimasukkan dalam takwim pelancongan negeri sekali gus mampu menarik pelancong asing yang berkunjung ke negeri ini,” katanya ketika ditemui Kosmo!, hari ini.

HPPNK 2023 berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini melibatkan pelbagai aktiviti penamanan dan penternakan termasuk pameran lembu sado.

Mengulas lanjut, Saripudin memberitahu, perahu yang digunakan untuk menangkap ikan itu dicat semula dengan pelbagai dekorasi seni yang kreatif.

“Ahli keluarga terutamanya isteri nelayan memakai kostum tradisional nelayan pantai manakala tekong memakai pakaian kerja harian. Acara berkenaan menawarkan hadiah wang tunai RM500 kepada perahu yang dinobatkan sebagai juara.

“Penilaian juri dalam memberi markah adalah bergantung kepada semangat patriotisme yang diterjemahkan menerusi kreativiti hiasan di setiap perahu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI