fbpx

Lelaki pura-pura beli rantai tangan buat ibu sebelum samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rantai emas yang disamun suspek.

BALING – Seorang lelaki berjaya ditangkap polis kerana melarikan dua rantai emas setelah berpura-pura membeli rantai tangan emas untuk ibunya dalam satu kejadian samun di dalam Kedai Emas Sapinah Latif, C7, Jalan Syed Sheh, kira-kira pukul 12.58 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsudin Mamat, berkata, suspek berusia 21 tahun dari Jalan Masjid, Kampung Bukit Hijau, Kupang, merupakan seorang kelidan lori telah menyerahkan diri di balai polis kira-kira pukul 6.20 petang hari yang sama.

“Pemilik kedai emas tersebut merupakan seorang wanita Melayu berusia 44 tahun dan telah dibuka sejak 2009, menjaga kedai tersebut bersama suami dan anak lelakinya berusia 19 tahun.”

“Ketika kejadian, mangsa bersama anak lelakinya berada di dalam kaunter kedai tersebut manakala suaminya berada di belakang kedai sedang makan, tiba-tiba datang suspek hendak membeli rantai tangan emas untuk diberi hadiah kejutan terhadap emaknya,” kata Shamsuddin.

Menurutnya, sebelum itu, pada pukul 11 pagi suspek telah datang ke kedai emas tersebut seorang diri dengan menaiki motosikal dan memaklumkan dia hendak membeli rantai tangan emas kepada emaknya.

Oleh itu, suami mangsa yang menjaga kaunter semasa itu maklumkan kepada suspek sekiranya hendak beli perlu ada ukuran yang betul bagi memudahkan pembelian rantai tangan emas tersebut, maka suspek terus balik.

“Lebih kurang pukul 12.45 tengahari, suspek datang semula ke kedai emas mangsa dengan membawa seutas benang yang dikatakan adalah ukuran tangan emaknya bagi mengukur ukuran rantai tangan emas yang sesuai dengan emaknya.”

“Dengan itu, mangsa telah mengeluarkan dua jenis rantai tangan iaitu jenis rantai tangan lipan bara anggaran berat 12.36 gram dan satu jenis kait anggaran berat 15.26 gram kepada suspek dengan dihalang oleh gril besi sahaja,” kata Shamsuddin.

Katanya lagi, suspek telah mengukur sendiri rantai tangan emas yang diberi dengan ukuran benang yang dibawanya di depan mangsa, tiba-tiba suspek telah bertanyakan kepada mangsa rantai tangan yang diberi kepadanya bukan rantai tangan yang ditunjukkan oleh suami mangsa kepadanya pada kali pertama suspek datang ke kedai tersebut.

Mangsa minta anaknya untuk memanggil suaminya dan pada masa yang sama suspek terus membawa lari dua rantai tangan emas tersebut dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi warna kelabu yang sempat dicatit oleh mangsa semasa cuba mengejarnya.

Tangkapan telah dibuat oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Baling lebih kurang pukul 6.20 petang setelah suspek menyerah diri serta merampas empat barang kes termasuk sebuah kereta dan kunci keretanya selain dua utas rantai emas yang dicurinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI