fbpx

Ikrar baharu suntik semangat petugas haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh (tengah) membaca ikrar bersama petugas haji di Abraj Al-Janadriyah, Mekah, semalam.

MEKAH – Petugas Tabung Haji (TH) bagaikan mendapat semangat baharu apabila sekali lagi melafazkan ikrar taat setia demi memberikan khidmat dengan penuh ikhlas bagi menyantuni jemaah Malaysia pada musim haji tahun ini.

Sebelum ini mereka melafazkan ikrar ketika menghadiri kursus dan taklimat perdana di Malaysia sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pembaharuan itu dilakukan selepas mengambil kira kepenatan para petugas yang sudah 34 hari berada di sini.

Katanya, tempoh yang lama itu sudah tentu membuatkan petugas mula lelah apatah lagi telah berjauhan dengan keluarga hingga menyebabkan badan memberontak.

“Hayunan langkah pun sudah mula perlahan berbanding awal musim, badan memberontak dan rasa lelah disebabkan jadual yang padat.

“Oleh sebab itu, kita perlu ubah daripada lelah kepada lillah (kerana Allah) dengan menyegarkan semula ikrar kita semasa di tanah air. Perjuangan kita belum berakhir selagi operasi masyair tidak selesai,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Petugas Musim Haji 1444H di Abraj Al-Janadriyah, di sini semalam.

Selain ikrar, petugas turut menyanyikan beberapa buah lagu termasuk Petugas Haji Idaman, Jalur Gemilang dan Inilah Barisan Kita bagi menaikkan semangat.

Syed Saleh turut melancarkan Tabung Nikmatul Khair 1444H bertujuan mengutip derma dalam kalangan petugas untuk dimanfaatkan kepada jemaah haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI