fbpx

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan rentak konsisten apabila meneruskan cabaran Malaysia ke pusingan suku akhir pada kejohanan Terbuka Indonesia.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas mara ke pusingan suku akhir.

Gandingan No.3 dunia itu meneruskan kemaraan pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu selepas mengenepikan cabaran beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Kim Wonho 21-19, 21-16 di pusingan kedua hari ini.

Walaupun berdepan aksi sukar menentang beregu No.9 dunia itu, namun Aaron-Wooi Yik memastikan mereka tidak mudah hilang fokus meskipun ketinggalan agak jauh di set pertama.

“Perlawanan hari ini agak sukar, terutamanya di set pertama kerana asyik ketinggalan. Bagaimanapun, kami dapat bermain lebih tenang ketika berada di mata penting dan berjaya dapatkan semula momentum.

“Seperti yang saya selalu cakap, kami tidak suka untuk letakkan sebarang sasaran setiap kali kejohanan kerana apa yang paling penting adalah berikan 100 peratus apabila masuk ke gelanggang,” kata Aaron.

Menanti juara dunia itu di suku akhir esok adalah Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun yang menewaskan pilihan kelima kejohanan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 18-21, 24-22, 21-16.

Sementara itu, nasib berbeza dialami dua lagi wakil negara, iaitu beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tersingkir di pusingan kedua.

Ee Yi-Yew Sin terpaksa akur dengan kekalahan straight set 20-22, 17-21 kepada beregu tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin manakala Kian Meng-Pei Jing turut tewas kepada wakil Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 17-21, 16-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI