fbpx

Wonda Coffee jalin usaha sama dengan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama antara Wonda Coffee dan FAM diumumkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 PETALING JAYA – Wonda Coffee Malaysia, salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan rasa seperti baru dibru dalam tin, kini mengumumkan  kerjasamanya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram berkata, usaha sama itu adalah untuk mengetengahkan dedikasi jenama ini terhadap sukan bola sepak serta aspirasinya dalam menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu Harimau Malaya untuk mencapai lebih banyak pencapaian yang luar biasa dalam sejarah bola sepak negara.

“Sebagai rakan jenama kopi pertama Malaysia, kami telah bekerjasama dengan Harimau Malaya bertujuan untuk memberikan sokongan yang lebih padu serta menginspirasikan rakyat untuk terus menyokong pasukan tersebut dalam melangkah lebih jauh bagi merealisasikan impian  untuk bertanding di Piala Dunia FIFA,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau menerangkan, jenama tersebut  begitu aktif mempromosikan usaha berfokuskan bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Komited untuk terus mencipta sejarah menerusi sukan yang digemari rakyat, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan mendorong skuad bola sepak kebangsaan  untuk terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, kerjasama tersebut diharap jadi pemangkin inspirasi buat pemain bola sepak muda serta seluruh Malaysia untuk bersatu di bawah satu minat yang sama, di samping turut menggapai mimpi dan menyokong pasukan kebangsaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI