fbpx

Dewan Rakyat: Kertas Putih Kesihatan diluluskan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan strategi reformasi kesihatan negara untuk 15 tahun akan datang itu, diluluskan selepas dibahaskan oleh 28 Ahli Parlimen selama hampir empat jam.

Kertas Putih Kesihatan yang dimulakan kerajaan terdahulu, menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan bagi mewujudkan satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif supaya rakyat kekal sihat dan sejahtera.

Terdahulu ketika membentangkan Kertas Putih Kesihatan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata dokumen itu mengusulkan empat tonggak dan 15 strategi utama untuk mereformasi sistem kesihatan negara secara sistematik dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Tonggak dan strategi reformasi dalam kertas putih ini adalah berpandukan pada lima aspirasi kesihatan yang dimahukan rakyat, hasil libat urus kementerian bersama 847 agensi dan 7,729 wakil antara Mac tahun lalu hingga bulan ini.

“Libat urus itu mendapati aspirasi rakyat menjurus pada mewujudkan sebuah negara yang sihat, memiliki sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat serta berdaya tahan, ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif dan sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI