fbpx

Sindiket dadah RM4.06 juta tumpas, empat ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah bernilai RM4.06 juta dalam empat serbuan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Serbuan berasingan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang aktif di Lembah Klang membabitkan tangkapan empat lelaki warga tempatan berusia 37 hingga 58 tahun.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kesemua yang ditahan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

Ujar beliau, dalam serbuan tersebut JSJN telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.06 juta yang dipercayai boleh digunakan oleh 384,791 penagih dadah.

“Antara yang dirampas syabu seberat 62 Kilogram diikuti methylenedioxy-methamphetamine (12.23kg), pil ekstasi (7.5kg), ketamin (2.18kg) dan pil erimin 5 (344 gram),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah memaklumkan, turut dirampas dalam serbuan berkenaan sepucuk pistol jenis Sig Sauer dan 180 butir peluru.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan dadah yang dirampas diperolehi dari negeri di Utara Semenanjung tanah air dan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum diedar di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket turut dipercayai mula aktif sejak Mac 2022.

“Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan jalan darat sebagai laluan penyeludupan dan menjadikan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan.

Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan bagi membantu siasatan.

“Saringan awal yang dijalankan mendapati kesemua suspek negatif dadah manakala dua daripada suspek mempunyai rekod lampau bersakit kes jenayah dan dadah.

Sehubungan itu, beliau berkafa tindakan juga diambil dibawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dimana setakat ini JSJN telah menyita pelbagai aset bernilai RM721,800.

Justeru, jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan pelbagai harta adalah berjumlah RM4.78 juta. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI