fbpx

Wang RM262,000 ditemui dalam timbunan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang individu menemui wang 8 juta yen dalam timbunan sampah di premis perniagaan di Niigata pada 5 Jun lalu. - AFP

TOKYO – Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi semalam.

Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.

Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.

Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI