fbpx

Peluang terbaik Croatia julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Croatia meraikan kejayaan mara ke final Liga Negara-Negara Eropah selepas menewaskan Belanda 4-2 di Stadium De Kuip awal pagi semalam. – AFP

ROTTERDAM – Croatia hanya selangkah lagi untuk mendakap gelaran antarabangsa pertama negara itu selepas mengesahkan tempat ke final Liga Negara-Negara Eropah menerusi kemenangan 4-2 ke atas Belanda.

Naib juara Piala Dunia Rusia 2018 itu tidak diberikan laluan mudah apabila terpaksa bertarung sehingga 120 minit perlawanan sebelum melakar kemenangan pada aksi separuh akhir di Stadium De Kuip awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya yang tidak kenal erti berputus asa dan terus berjuang memburu kemenangan biarpun Belanda adalah lawan sukar.

“Ini adalah kemenangan untuk rakyat Croatia. Kami menewaskan Belanda di hadapan para penyokong mereka dan kini Croatia berpeluang untuk mendapatkan satu lagi pingat.

“Tiada apa yang mengejutkan kerana para pemain tahu mereka bermain untuk siapa iaitu Croatia. Ini adalah salah satu kemenangan terbesar kami apabila menang 4-2 di tempat lawan selepas dibolosi pada minit ke-96.

“Kemenangan ini akan tercatat dalam sejarah bola sepak Croatia. Saya mahu para pemain mengukir satu lagi sejarah baharu dengan memenangi trofi antarabangsa yang pertama buat Croatia,” katanya.

Belanda terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Donyell Malen di separuh masa pertama sebelum Andrej Kramaric menyamakan kedudukan buat Croatia menerusi sepakan penalti pada minit ke-55.

Croatia kemudiannya mendahului hasil jaringan Mario Pasalic, namun terpaksa menerima hakikat beraksi dalam masa tambahan selepas Noa Lang mengikat kedudukan buat Belanda pada minit ke-90+6.

Bagaimanapun, dua gol daripada Bruno Petkovic dan Luka Modric dalam masa tambahan memastikan kemenangan Croatia dan akan bertemu Sepanyol atau Itali untuk aksi final Liga Negara-Negara Eropah pada 18 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI