fbpx

Sakit mata kronik ada unsur santau – Suhaimi Saad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI SAAD

PETALING JAYA – Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad tidak menolak ada unsur gangguan sihir berikutan masalah sakit mata kronik yang dihidapinya sejak setahun lalu. 

Menurut Suhaimi, perkara tersebut dikesan oleh ustaz yang merawat masalahnya sebelum ini.

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan buat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila merujuk kepada ustaz, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Wallahualam. 

“Saya percaya adanya ilmu sihir dan santau tetapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya kepada ubat-ubatan,” dedah Suhaimi ketika muncul dalam siaran langsung menerusi Instagramnya pagi semalam.

Bagaimanapun bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam itu enggan mengulas lanjut tentang kaedah sebenar rawatan tradisional yang dijalaninya. 

SUHAIMI kini banyak dibantu isterinya, Ina Naim dalam urusan seharian.

Hal ini kerana dia sedar ramai pembenci yang akan mengecam dirinya jika memberi jawapan yang salah. 

Suhaimi juga turut menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa pendedahan tentang masalah kesihatan yang dilalui dibuat bertujuan meraih simpati orang ramai. 

“Ada yang kata saya mahu tagih simpati. Tidak, itu semua bohong. Memang betul mata saya masih nampak dan boleh membaca tetapi sangat terhad. 

“Mata saya tiada katarak atau selaput. Mungkin Tuhan bataskan penglihatan untuk menghalang daripada melihat perkara bukan-bukan,” katanya yang kini terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk membaca. 

Rabu lalu, Suhaimi mendedahkan kehidupannya kini sedikit terencat selepas berdepan masalah sakit mata kronik sejak setahun lalu sehingga membataskan pergerakannya. 

Lelaki berusia 40 tahun itu terpaksa dibantu isteri, Nordiana Mat Naim, 35, atau Ina Naim dalam urusan seharian kerana dia menggunakan tongkat untuk berjalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI