fbpx

Azizulhasni tepati ramalan di ACC 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kiri) tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir acara pecut pada ACC 2023 selepas menewaskan pelumba dari Taiwan semalam.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan apabila mengesahkan tiket ke separuh akhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 sekali gus berpeluang merampas semula gelaran yang pernah dimenanginya pada 2020 di Korea Selatan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menunjukkan prestasi luar biasa selepas mencatatkan masa 9.523 saat (s) di peringkat kelayakan acara pecut sekali gus menewaskan 22 pesaing lainnya.

Lebih manis, pelumba Terengganu tersebut turut memecah rekod kebangsaan miliknya iaitu 9.548s sewaktu Kejohanan Dunia Berlin 2020.

Malah, catatan yang dilakukan Azizulhasni di Velodrom Nasio­nal, Nilai tersebut hampir me­nyamai rekod Asia yang dipegang oleh Yuta Wakimoto iaitu 9.518s sewaktu Olimpik Tokyo.

Pada saingan suku akhir, Azizulhasni, yang juga dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman, tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan pelumba Taiwan, Kang Shih Feng dengan keputusan 2-0.

“Pertama sekali Alhamdulillah kerana di peringkat kelayakan, saya mencatat masa yang tidak dijangka. Prestasi terbaik ini di bawa sejak berlumba di Hong Kong bulan lalu, di mana ketika itu perlumbaan sangat padat, berlangsung berturut-turut.

“Ketika saingan kelayakan saya turun sebagai pelumba ke­dua terakhir dan terkejut melihat catatan mereka 9.6s, 9.7s. Di­sebabkan itu saya hanya fokus untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

“Aksi tadi hanya 80 peratus taktik kerana saya mahu me­nyimpan tenaga. Esok adalah perlumbaan sebenar, apabila saya menentang Kento Yamasaki (Jepun). Saya harap semuanya mengikut seperti yang dirancang,” kata Azizulhasni.

Bagaimanapun, hasrat untuk melihat seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ke separuh akhir tidak kesampaian selepas dia tumpas 1-2 kepada Koehi Terakasi (Jepun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI