fbpx

Kes rasuah industri perkapalan banyak tidak dilaporkan – MASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Safwan ketika sidang akhbar selepas Majlis Simposium Antirasuah bersama Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia di Wisma MISC, Cyberjaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) mengakui banyak kes ketirisan dan rasuah berlaku dalam industri perkapalan negara namun, ia tidak dilaporkan.

Pengerusinya, Mohamed Safwan Othman berkata, berdasarkan jumlah laporan semasa, ia tidaklah banyak seperti negara-negara jiran dan negara lain dunia namun, kes masih tetap berlaku.

“Daripada data rasmi yang dikeluarkan, jumlah kes dilaporkan masih pada tahap minimum namun, bila dirujuk kepada industri rupanya banyak kes tidak dilaporkan.

“Disebabkan itu, kami tidak dapat merumuskan bahawa kes rasuah dalam industri perkapalan ini kurang atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Simposium Antirasuah Bersama Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis simposium itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali.

Katanya, pihaknya mendapati kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana mahu menjaga reputasi perniagaan dan pelanggan pada masa yang sama.

Mohd Safwan berkata, antara kes dilaporkan termasuk kes meminta karton rokok bagi mempercepat urusan di pelabuhan dan kes penjualan minyak diesel subsidi kepada pihak ketiga di lautan.

Menurutnya, kerjasama dengan SPRM penting bagi memberi kesedaran kepada komuniti industri perkapalan tentang bahanya rasuah kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara dan industri itu sendiri.

“Selain itu, MASA turut bekerjasama dengan Petronas dan beberapa pelanggan lain bagi meningkatkan kesedaran selain melaporkan kes berkaitan kepada pihak berkuasa.

“Kami dimaklumkan oleh Petronas bahawa syarikat gergasi minyak dan gas itu mengalami kerugian kira-kira RM300 juta setahun akibat aktiviti penyeludupan diesel subsidi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI