fbpx

Tengkorak, tulang manusia ditemui dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY menunjukkan gambar tengkorak yang ditemui di kebun sawit masih lagi belum dikenalpasti identiti di Kampung Tungku Tiga, Segamat.

SEGAMAT – Satu tengkorak dan tulang manusia ditemui di sebuah kebun sawit di Kampung Tungku Tiga, di sini pada 4 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, tengkorak dan tulang berkenaan ditemui seorang lelaki 40an kira-kira pukul 5.47 petang ketika sedang merayau di sekitar kebun sawit berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan awal mendapati tengkorak dan tulang itu ditemui atas permukaan tanah di kebun sawit berkenaan.

“Siasatan oleh anggota polis di lokasi penemuan tidak menemui sebarang pakaian milik mangsa selain siasatan lanjut dijalankan mengenal pasti punca dan identiti mangsa.

“Ujian Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di lokasi kejadian mendapati tengkorak da tulang berkenaan sudah lama di lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, spesimen tengkorak serta tulang itu sudah dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti identiti pemiliknya.

“Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI