fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung di Pulau Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APMM mengambil mayat yang ditemui terapung di Pulau Sembilan, dekat Lumut, petang semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menerima aduan mengenai penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti di sekitar perairan Kepulauan Sembilan dekat sini petang semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, aduan tersebut diterima daripada nelayan tempatan yang sekitar pukul 3.35 petang,
dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak.

“Sehubungan itu, bot peronda Benteng 06 digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.43 petang.

“Anggota kemudian mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh, Sitiawan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selaras itu, beliau menyeru komuniti maritim tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI