fbpx

RUU Keselamatan Siber akan digubal segara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Rang Undang-undang Keselamatan Siber akan digubal segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah bagi memberi Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.

Katanya, slain itu ia juga menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS).

“Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan eko-sistem siber.

“Sehubungan itu, NACSA, MKN telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri di dalam hal ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang diadakan pada Selasa lalu.

Ujarnya, entiti dalam eko-sistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.

“Pada masa yang sama, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan,” katanya.

Tambahnya, Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan siber.

“Perihal ini menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI