fbpx

Pihak berkuasa Malaysia ‘melebih-lebih, merepek’ – Jocelyn Chia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan komedi berdiri Jocelyn Chia yang mendapat kecaman pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Pelawak, Jocelyn Chia beranggapan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung identiti penuh dan lokasi terkininya sebagai ‘melebih-lebih’.

Memetik laporan BBC, Chia memberitahu portal berita tersebut bahawa dia tidak membuat jenaka terhadap tragedi pesawat MH370 serta mangsa yang terlibat, sebaliknya cuba mencari ‘humor’ ke atas kejadian itu.

Berdasarkan artikel itu, Chia yang membesar di Singapura menyifatkan tindakan cuba melibatkan Interpol adalah ‘merepek’.

Bagaimanapun, Interpol belum memberi maklum balas kepada BBC sama ada pihak tersebut akan memenuhi permohonan bantuan daripada polis Malaysia.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Jocelyn dikecam hebat oleh orang ramai setelah tindakannya menghina Malaysia menerusi persembahan di pentas komedi ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York minggu lalu.

Dalam video sama, wanita itu juga sempat memetik isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada tahun 2014.

Berikutan itu, dia dikecam hebat oleh rakyat Malaysia, malah lawak melampaunya ditegur oleh Intan Maizura Othaman iaitu isteri salah seorang mangsa tragedi MH370 sehingga dia memuat naik video di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI