fbpx

Semua tuntutan termasuk kes saman Puteri Sarah, Ira Kazar selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah (kiri) dan Ira Kazar.

KUALA LUMPUR – Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Syamsul Yusof mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman antara Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.

Bagaimanapun peguam syarie, Azmi Mohd. Rais berkata, maklumat terperinci mengenai isu saman Puteri Sarah dan Ira tersebut tidak boleh didedahkan.

“Penyelesaian secara global (menyeluruh). Tiada dakwa-dakwa lagi antara kedua-dua belah pihak maknanya perjanjian (penyelesaian) menyeluru.. ya termasuk sivil,” kata peguam syarie itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan tindakan saman sivil terhadap Ira apabila yang mendakwa wanita itu mengganggu rumah tangganya.

Terdahulu, Puteri Sarah ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

“Mengenai kes (saman) dengan dia pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.

Peguam syarie mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir kemudian memaklumkan, pihaknya masih belum berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan usulkan mengenai perkara itu. Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit),” katanya.

Pagi tadi, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI