fbpx

Jennie Blackpink mohon maaf, tinggalkan konsert kerana masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar, permohonan maaf dari Jennie Blackpink di story Instagram, miliknya

PETALING JAYA – Ahli kumpulan Blackpink, Jennie, memohon maaf kepada para peminat yang hadir ke konsert di Melbourne, Australia baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram milik Jennie, dia membuat satu hantaran permohonan maaf kerana meninggalkan pentas secara tiba-tiba, atas faktor kesihatan.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan pada Ahad lalu,” katanya.

Bintang sensasi itu juga turut meluahkan rasa kecewa dan mengakui, tindakan itu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, namun kesihatannya harus diutamakan.

Jennie juga dikatakan mengalami masalah keletihan yang kronik menyebabkan dia memilih untuk meninggalkan konsert itu demi kesihatannya.

Rata-rata peminat Blackpink memahami dengan situasi  yang dialaminya dan turut berharap supaya Jennie diberikan kesihatan dan kesembuhan.

Konsert Blackpink di Melbourne merupakan sebahagian daripada jelajah dunia mereka yang dinantikan oleh ramai peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI