fbpx

Gerrard tak minat kembali ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD

LONDON – Legenda Liverpool, Steven Gerrard enggan kembali ke arena pengurusan di Liga Perdana Inggeris dan dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran daripada kelab yang bersaing di Liga Profesional Arab Saudi.

Biarpun namanya dikaitkan dengan Leeds United yang bakal beraksi di Liga Kejuaraan musim depan, laporan yang hangat diperkatakan sekarang mengaitkan Gerrard bakal ke Timur Tengah untuk melatih Al-Ettifaq.

Jika ia mampu direalisasikan, bekas pengurus Aston Villa itu akan menyertai dua bekas pemenang Ballon d’Or, Cristiano Ro­naldo dan Karim Benzema yang kini menyarung jersi Al-Nassr dan Al-Ittihad.

Berdasarkan laporan media, Gerrard kini sedang berada di Arab Saudi dan dijangka akan diumumkan sebagai pengendali baharu Al-Ettifaq.

Sebelum ini, ketika berkhidmat di Villa Park sejak November 2021 hingga Oktober 2022, Gerrard gagal meme­nuhi harapan untuk mengulangi pencapaian hebat seperti diserlahkan ketika melatih Rangers.

Bagaimanapun, kecenderu­ngan beberapa kelab Arab Saudi merekrut nama besar adalah dikatakan untuk meningkatkan perhatian dan kualiti di pertan­dingan utama.

Musim ini, Al-Ettifaq menamatkan saingan di tangga ketujuh dengan 37 mata dan langkah melantik Gerrard lebih menjurus untuk merapatkan jurang dengan kelab besar seperti Al-Ittihad, Al-Nassr and Al-Hilal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI