fbpx

[VIDEO] Pelanggan, pekerja restoran terpelanting tahan khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang berpaut pada khemah di luar restoran tercampak ke udara. - Mothership

BEIJING – Beberapa pelanggan dan kakitangan sebuah restoran tercampak ke udara ketika mereka berpaut pada sebuah khemah yang diterbangkan ribut di wilayah Hubei, China, lapor laman berita Mothership semalam.

Kejadian itu berlaku pada 11 Jun lalu di bandar Yichang, wilayah Hubei.

Imej dan video kejadian yang dikongsikan di media sosial memaparkan orang ramai yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja restoran berpaut pada tiang khemah untuk menghalangnya daripada diterbangkan.

Bagaimanapun, khemah itu terbang akibat tiupan angin kencang lalu mengakibatkan beberapa orang tercampak ke udara dan jatuh semula.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka terjatuh ke dalam sebuah ruang makan tertutup dan mendarat di atas meja mahjong.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan parah dan dilaporkan bercakap dengan pelanggan di dalam ruang makan tersebut sebelum beredar.

Media China melaporkan bahawa kecederaan akibat insiden itu adalah kecil tetapi tidak menyatakan bilangan orang yang cedera.

Pemilik restoran itu menanggung kos makanan pelanggan yang berjumlah kira-kira 50,000 yuan (RM32,237) memandangkan ramai pelanggan tidak dapat menikmati dan menghabiskan makanan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI