fbpx

Ramai remaja AS terima rawatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar memberi amaran mengenai wabak kesunyian yang melanda AS. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Hampir 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat (AS) menerima rawatan kesihatan mental pada 2021, lapor akhbar New York Post semalam. 

Data diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental yang lemah menjadi perkara biasa dalam kalangan remaja di AS.

Penyelidik mendapati lebih ramai remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima rawatan kesihatan mental berbanding mereka yang berusia 5 hingga 11 tahun.

Selain itu, lebih ramai kanak-kanak berkulit putih menjalani rawatan mental berbanding kaum-kaum lain.

Statistik menunjukkan bahawa 5.8 juta kanak-kanak mengalami ‘anxiety’ atau keresahan manakala 2.7 juta lagi mengalami kemurungan.

Pakar percaya bahawa masalah kesihatan mental yang dialami belia AS didorong oleh situasi digelar ‘wabak kesunyian’ yang diisytihar seorang Pakar Bedah Am, Dr. Vivek Murthy bulan lepas.

“Salah satu faktor paling membimbangkan yang mendorong isu kesihatan mental belia adalah kekurangan komuniti dan hubungan,” kata Ketua Pegawai Perubatan di Yayasan Jed, Dr. Laura Erickson-Schroth.

Tambahnya, faktor penyumbang lain adalah wabak Covid-19, kejadian tembakan di sekolah, tekanan ekonomi dan keganasan kaum.

CDC selain itu melaporkan bahawa remaja  Asia yang menetap di AS adalah paling kurang mendapat rawatan dan mengambil ubat untuk kesihatan mental berbanding kaum lain.

Dalam masa sama, kanak-kanak berkulit putih lebih cenderung menerima terapi, ubat-ubatan dan rawatan keseluruhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI