fbpx

[VIDEO] Berjaya cari ibu terpisah 28 tahun di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar, Marwan sedang berpeluk dengan ibunya yang telah terpisah selama 28 tahun

PETALING JAYA – Seorang anak dapat bertemu dengan ibu kandung yang terpisah selama 28 tahun dengan kuasa tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian oleh Marwan Hariri, di TikTok miliknya, dia berjaya menjejak semula lokasi ibunya di Thailand selepas terpisah selama 28 tahun.

“Menurut Marwan, dia terpisah dengan ibunya kerana ibunya memilih untuk melahirkan adiknya di Thailand,” katanya.

Kerana konflik itu, ibunya memilih untuk ke Thailand dan menetap di sana.

Disebabkan rasa rindu yang tidak tertanggung, Marwan akhirnya bertindak menularkan perkara itu di Facebook miliknya.

Mengejutkan apabila pencarian itu, mengambil masa selama tiga hari sahaja apabila seorang wanita bernama Natrah menghubunginya di Facebook.

Dia yang terkejut dengan berita itu, terus bergegas untuk ke lokasi, tempat ibunya tinggal iaitu di Satun, Thailand untuk bertemu ibunya.

Menerusi rakaman video di TikTok miliknya, dapat dilihat Marwan berpeluk dengan ibunya sambil menangis teresak-esak setelah sekian lama terpisah.

Perkongsian itu tular di aplikasi TikTok, dengan tontonan mencecah 885,000, 28,800 tanda suka dan 1,050 komen. – KOSMO! ONLINE

@marwanhariri13 video ori tanpa melodi lagu ☺️ .. kisah suka duka pertemuan pertama kali setelah 28 tahun xjumpa.. love my syurga😘😘😘.. #fypシ #malaysiathailand🇲🇾🇹🇭 #semuamilikAllah❤️ #emaksyurgaku #sekadarberkongsicerita #iniceritakami#ibusyurgaduniaakhirat #kasihayahtiadaganti ♬ original sound – Marwan Hariri🇲🇾🇹🇭

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI