fbpx

Andalusia sasar jualan 70,000 pakej umrah musim 1445H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana bertukar dokumen perjanjian bersama Pengurus Serantau Turkish Airlines, Muhammed Hamza Arslan pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Turkish Airlines, di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours (Andalusia) menyasarkan jualan kira-kira 70,000 pakej umrah bagi musim 1445H.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan diterima daripada pelanggan.

Jelasnya, sehingga semalam lebih 15,000 pakej umrah telah terjual melibatkan 10 syarikat penerbangan meskipun musim umrah akan bermula pertengahan Julai nanti.

“Penerbangan pertama kita adalah pada 18 Julai depan dan jika dilihat pada sambutan untuk musim umrah kali ini kita yakin dapat mencapai sasaran itu kerana tahun lepas kita berjaya menguruskan lebih 48,000 jemaah umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Andalusia dan Turkish Airlines di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI