fbpx

Jangan sesuka hati naikkan harga gula menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak akan berkompromi dengan peniaga yang membuat penjualan gula secara bersyarat dan menaikkan harga barangan tersebut sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pihaknya sudah melakukan pemantauan dan peniaga juga diingatkan untuk memastikan bekalan tersebut sentiasa ada di pasaran.

Katanya, setakat ini, harga gula yang ditetapkan pihak kerajaan adalah di bawah harga kawalan iaitu RM2.85 sekilogram.

“Sekiranya ada yang menjual lebih daripada harga kawalan, kita akan ambil tindakan serta merta kerana amaran sudah diberikan.

“Jadi, peniaga-peniaga diharap bersama-sama bantu rakyat dengan tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan terdesak terutamanya di musim Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Rahmah Parlimen Gua Musang di Dataran Kesedar, Bandar Baru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, setakat ini, pihaknya menerima aduan dua kes di daerah Pasir Mas yang menjual gula melebihi harga kawalan.

Katanya, kerajaan akan mewujudkan skim untuk barang-barang kawalan setiap kali musim perayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI