fbpx

Empat warga Pakistan diselamatkan, ditipu jadi buruh paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Kegiatan memperdayakan rakan warga negara sendiri untuk menjadi pekerja secara paksa di Malaysia terbongkar selepas tujuh warga Pakistan ditahan di sebuah apartmen, Jalan Pandan Perdana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Sabtu lalu, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga Pakistan mendakwa dipukul empat orang lelaki warga yang sama di lokasi kejadian sekitar pukul 8 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 23 tahun itu dipukul gara-gara meminta semula pasport yang disimpan oleh ejen membawa dia ke Malaysia untuk mencari kerja.

“Mangsa diugut tidak dibenarkan keluar daripada rumah dan dipukul menggunakan batang penyapu sehingga mengalami kesakitan pada bahagian badan dan lengan serta tangan bahagian kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Azam, bertindak diatas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya menyelamatkan empat lelaki warga Pakistan yang dijadikan mangsa tipu daya warga asing bagi melakukan pekerjaan secara paksa di lokasi kejadian, kelmarin.

Tambah beliau, pihaknya turut menangkap seramai tujuh warga pakistan berusia antara 21 hingga 44 tahun yang disyaki terlibat dalam kes disiasat.

“Serbuan pada pukul 5.30 petang itu turut merampas 22 pasport Pakistan milik mangsa-mangsa, lima beg pakaian, tiga buah telefon bimbit, serta batang penyapu yang digunakan untuk pukul mangsa.

“Kesemua yang ditahan tiada rekod jenayah dan didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Ketujuh-tujuh mereka direman bermula semalam sehingga Isnin hadapan,” katanya.

Azam memberitahu, modus operandi suspek adalah melakukan tipu daya bagi warga asing bagi melakukan pekerjaan secara paksa.

Katanya, Kes disiasat bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI