fbpx

PRN: DUN Kelantan bubar 22 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi penggal ke-14 secara rasminya akan dibubarkan pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini sebentar tadi.

Ahmad berkata, tarikh tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas beliau mengadap baginda.

“Kita akan hantar pemakluman itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini dan mengikut undang-undang, penggal DUN Kelantan yang ke-14 berakhir pada 27 Jun ini,” katanya.

Pengumuman itu secara tidak langsung ‘membuka’ gelanggang kepada parti-parti politik yang akan bertanding pada PRN Kelantan membuat persiapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI