fbpx

Mesin layan diri IPR terima lebih 10,000 permohonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kiri) bersama Pengarah PPUM, Profesor Dr. Nazirah Hasnan (tiga kanan) memilih makanan di mesin layan diri IPR di PPUM, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,000 permohonan diterima bagi mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah komponen Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) selepas empat bulan dilancarkan sejak Februari lalu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun, 100 mesin pertama telah melalui proses perolehan yang akan diselesaikan pada Jun ini.

Menurutnya, kesemua mesin itu akan diletakkan tertumpu di stesen-stesen Transit Aliran Massa (MRT) selain universiti dan hospital seluruh negara.

“Maklum balas mengenai kemajuan pelaksanaan IPR, antara yang paling banyak kami terima adalah di bawah Insan sekitar 10,000 orang yang memohon untuk mendapatkan mesin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Mesin Layan Diri IPR di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.

Rafizi berkata, pihaknya kini sedang meneliti proses perolehan bagi 4,900 mesin seterusnya.

“Kementerian Kewangan telah meluluskan perolehan tersebut dan akan menjemput syarikat-syarikat yang layak untuk menyediakan baki mesin seterusnya.

“Proses ini mengambil masa sedikit kerana perlu melalui perolehan secara terbuka,” ujarnya.

Pada masa sama, Rafizi berkata, pihaknya mensasarkan sebanyak 5,000 mesin dapat diberi kepada penerima di bawah program Insan.

IPR yang merangkumi tiga model iaitu Insan, Intan dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan) diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI