fbpx

PKPB Mukim Jimah: Sains beli air daripada Air Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengambil keputusan untuk membeli air daripada pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) bagi memastikan kebersihan dan kesihatan penduduk di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mukim Jimah, Port Dickson.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, ini berikutan untuk membantu memastikan keadaan kebersihan dan kesihatan penduduk di sebahagian kawasan berkenaan terkawal.

“Pengambilan air dari pekan Sepang ini diharap dapat membantu meringankan beban bagi sebahagian penduduk di kawasan terjejas di Tanah Merah Site A dan Bukit Pelanduk untuk mendapat bekalan air bersih melalui meter.

“Sains berharap dengan cara ini ia dapat mengurangkan bilangan kawasan terjejas gangguan di Port Dickson dan juga merupakan salah satu usaha Sains untuk membantu memutuskan rantai Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norzita, pihaknya mengharapkan kerjasama daripada pengguna kawasan terlibat gangguan dapat maklum mengenai langkah yang akan diambil oleh Sains untuk memulakan pengoperasian loji seperti biasa.

“Sebaik sahaja aliran air sungai mula memasuki kawasan muka sauk setelah kerja-kerja menambak tebing sungai siap, Sains menganggarkan dalam tempoh 48 jam bekalan air beransur pulih dan sampai ke paip agihan pengguna.

“Bagaimanapun, tempoh pemulihan juga bergantung kepada sistem retikulasi yang mana kawasan tinggi akan menagmbil masa berbanding kawasan rendah,” katanya.

Terdahulu, Sains memaklumkan, Loji Rawatan Air (LRA) Linggi belum boleh beroperasi seperti biasa berikutan kerja-kerja menambak tebing Sungai Linggi oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih belum siap sepenuhnya.

“Pihak Sains mengharapkan kerjasama daripada semua pengguna di sekitar kawasan terlibat gangguan semoga dapat bersabar dan memahami situasi ini.

“Sains akan terus memberikan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik di kawasan terjejas gangguan sehingga keadaan kembali seperti biasa,” katannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI