fbpx

Kutipan dana berbaki 2 hari, Athif perlukan lagi RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kutipan dana Athif setakat ini telah mencapai 97 peratus.

PETALING JAYA – Kira-kira RM400,000 lagi diperlukan untuk membantu bayi berusia 15 bulan yang dikenali sebagai Muhammad Athif Fahri yang menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.

Yayasan Misi Rakyat dalam satu hantaran di Instagramnya memaklumkan, kutipan dana bernilai RM9.7 juta bagi membantu Athif hanya berbaki dua hari lagi.

Misi kutipan dana berkenaan adalah bertujuan membantu adik Athif untuk mendapatkan ubat Zolgensma (Gene Therapy) yang nilainya mencecah USD2.1 juta, iaitu lebih RM9 juta.

“Tinggal lagi dua hari. Ayuh semua ‘influencer’ sebarkan untuk baby Athif, lagi RM400,000 sahaja.

“Jom semua bantu seorang sedikit sampai cukup,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Athif yang tinggal bersama keluarganya di Permatang Badak, Kuantan memerlukan suntikan ubat genetik berharga RM9.28 juta bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit dideritainya.

Terdahulu, pada Mei lalu, Yayasan Misi Rakyat telah berjaya mengumpul dana bagi adik Wan Muhammad Naail yang turut menghidap penyakit sama seperti Athif. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI