fbpx

Bomoh nafi lakukan hubungan seks tanpa kebenaran terhadap wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bomoh yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perhubungan seks tanpa kebenaran terhadap seorang wanita. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan perhubungan seks tanpa kebenaran terhadap seorang wanita di Jelebu hujung bulan lalu.

Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad, 57, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 30 Mei lalu, kira-kira pukul 10.30 malam bertempat di ruang tamu dalam rumah mangsa di Jelebu, telah didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan kerana melakukan seks tanpa kerelaan mangsa sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dan sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, tertuduh perlu dikenakan jaminan yang tinggi selain syarat tambahan seperti tidak mendekati mangsa.

Majistret kemudiannya tidak menawarkan wang jaminan dan menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI