PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap tujuh negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia menerusi satu hantaran di Facebook berkata, ribut petir dijangka berlaku di negeri Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Seterusnya, hujan lebat diramal landa seluruh kawasan bagi Pulau Pinang manakala Selangor (Kuala Langat dan Sepang).
Katanya lagi, seluruh kawasan bagi Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka mengalami cuaca sama sehingga tengah hari ini.
Sementara itu, angin kencang di Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) manakala Sarawak adalah sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE