fbpx

Hanya ada RM5, rider minta tolong peniaga tauhu bergedil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar peniaga tauhu bergedil berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang peniaga sebak selepas diberitahu oleh seorang penghantar makanan yang dia hanya mempunyai RM5 untuk makan tengah hari.

Menerusi klip video yang dimuat naik Taugedel di akaun TikTok miliknya memaparkan, peniaga tersebut yang sedang sibuk menyiapkan pesanan daripada pelanggan disapa penghantar makanan yang mahu mengambil pesanan di situ.

“Kak saya nak minta tolong sikit boleh? Saya ‘transfer’ dekat abang RM5, abang bagi duit dekat saya. Saya tak makan lagi sebenarnya,” kata penghantar makanan tersebut.

Tambahnya, penghantar makanan tersebut terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa demi kelangsungan hidup.

“Adik ni ‘part time’ saja. Siang buat penghantaran makanan, malam kerja kilang,” katanya.

Peniaga tersebut yang sebak mendengar kisah itu turut memberikan makanan yang dijualnya kepada penghantar makanan tersebut.

“Lain orang lain ‘struggle’ dia. Duduk tepi jalan ni banyak mengajar kita sebenarnya,” kata peniaga terbabit menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sedih mendengar kisah penghantar makanan tersebut.

“Kalau rasa kita susah, ada yang lebih susah daripada kita. Bersyukurlah selalu. Sedihnya, semoga ‘rider’ itu dimewahkan rezekinya begitu juga kakak dan abang bergedil,” kata Shazwani Rosmi.

“Tak miskin pun kalau sedekah makan dekat orang yang memerlukan. Makin bertambah pula rezeki selepas ini,” ujar Ceil X Yun.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 11,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI