fbpx

Pulangan pelaburan KWSP dijangka meningkat pada suku akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI BULOH – Pulangan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan lebih baik pada suku akan datang berdasarkan kestabilan ekonomi global dan negara yang berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keyakinan itu juga bersandarkan isu kenaikan kadar faedah yang mula mereda membolehkan agensi itu menjana pulangan lebih baik bagi baki sembilan bulan akan datang.

“Kita berharap dengan perkembangan ekonomi terutamanya di Malaysia, isu-isu kenaikan kadar faedah yang akan mula reda, kita boleh menambah baik lagi pulangan yang kita dapat.

“Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, KWSP perlu melabur 70 peratus kepada kewangan yang dijana dalam pelaburan domestik dan dan kebiasaannya kita memang melabur dalam jumlah itu.

“Cuma tahun ini kita mungkin akan melabur lebih kurang 70 peratus ke atas bagi peluang pelaburan di dalam Malaysia dan bakinya kita akan melabur di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Panduan dan Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini hari ini.

Terdahulu, KWSP sebelum ini mengumumkan pendapatan pelaburannya naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan dalam tempoh tiga bulan pertama 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI