PENYANYI dangdut, Siti Badriah membuat keputusan untuk menghantar anaknya, Xarena Zenata Denallie Baharudin yang baru berusia setahun ke sekolah.
Menurutnya, tujuan menghantar anaknya ke sekolah itu bukanlah untuk belajar secara formal, sebaliknya melatih bayi itu untuk berinteraksi dengan teman sebaya.
Penyanyi lagu Aku Syantik itu berkata, anaknya sangat bersemangat dan gembira ketika berada di sekolah.
“Dia gembira belajar di sekolah, ramai kawan-kawan.
Sekarang sudah pandai joget kalau kita minta dia joget,” ujarnya.
Biarpun begitu, Siti Badriah berkata, dia tidak akan melepaskan tanggungjawab sebagai ibu dalam mendidik anaknya itu.
Xarena merupakan anak pertama Siti Badriah dan Krisjiana Baharudin yang lahir pada 18 Mac 2022.