fbpx

Pemilikan rumah secara bersasar keutamaan KPKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tengah) bersama Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (kiri) dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan menyaksikan majlis Penganugerahan Bintang Penyampaian Perkhidmatan PBT 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan agar  pemilikan rumah dalam kalangan B40 lebih tersasar diberikan perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2021.

Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, selain itu penekanan terhadap sistem perbankan agar diberi kelonggaran untuk membolehkan pembelian perumahan juga turut dikemukan kementeriannya.

Katanya, KPKT mahu sistem pemilikan rumah secara bersasar dimiliki atau dibeli mengikut kategori tertentu.

“KPKT membuat pendekatan dalam kalangan B40 itu, kita ada B10,B20,B30 dan B40, jadi sasaran kita adalah B10, B20 dan B30 mengikut peringkat, jadi ia lebih bersasar.

“Jadi ini nak memastikan pada kelompok yang tak mungkin memiliki rumah iaitu kategori B10 dengan pendapatan RM1,500 ke bawah dapat berbuat demikian dan KPKT akan mengadakan satu program khas iaitu Program Kemiskinan Bandar,” katanya pada Majlis Penganugerahan Bintang Penyampaian Perkhidmatan PBT 2020, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan RM40juta untuk digunakan KPKT membantu peniaga kecil tempatan dalam bidang pelancongan.

“Perniagaan jeti restoran, pemandu pelancongan tempatan dan beberapa lagi aspek pelancongan tempatan telah KPKT kenal pasti.

“KPKT telah membuat permohonan mengenai perkara ini dan saya dimaklumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan RM40juta untuk digunakan tahun depan,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI