RANTAI loket yang digayakan ahli BTS iaitu V menjadi buruan peminat sehingga habis terjual.
V memakai rantai loket hijau dua minggu lalu ketika berada di lapangan terbang untuk ke Madrid, Sepanyol.
Susulan kejadian, peminat terus memburu rantai tersebut di butik pereka fesyen Harris Reed dan menyerbu laman web untuk membeli loket hijau yang diberi nama In Good Hands.
Ini bukan kali pertama, BTS membantu jenama kurang terkenal dan sekali gus membuatkan pemilik jenama berkenaan, Harris menyedari pengaruh besar bintang K-pop terkenal dunia itu.