fbpx

Mbappe enggan lanjutkan kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE memiliki pilihan lanjutan kontrak sehingga 2025, namun mengesahkan tidak berminat untuk mengaktifkan klausa berkenaan. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan bengang dengan tindakan Kylian Mbappe kerana enggan mengaktifkan lanjutan kontrak setahun dalam perjanjiannya ketika ini.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Mbappe, 24, menghantar surat kepada kelab itu untuk memaklumkan keputusan tersebut yang bermakna kontraknya di Parc des Princes akan berakhir pada Jun 2024.

Difahamkan, pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu tidak berminat menunggu sehingga 31 Julai depan sebelum memutuskan keputusannya kerana didakwa sudah hilang ‘selera’ untuk terus beraksi dengan PSG.

Situasi itu dilihat tidak memberikan kelebihan kepada PSG yang kini tiada pilihan selain menjual Mbappe dalam jendela perpindahan pemain selepas ini jika tidak mahu kehilangan khidmatnya secara percuma.

Perkhabaran itu pastinya menarik minat Real Madrid untuk memecahkan tabung bagi menjadikan Mbappe sebagai penyerang utama menggantikan tempat Karim Benzema yang berhijrah menyertai Al-Ittihad.

Menurut laporan New York Times, PSG mungkin melepaskan Mbappe dengan harga yang lebih tinggi daripada £160 juta (RM926.36 juta) selepas membayar AS Monaco sebanyak £155 juta (RM897.41 juta) ketika membelinya pada 2018.

Kini, pihak pengurusan ter­tinggi PSG perlu mencari jalan terbaik memastikan kelab La Parisiens itu mampu mencabar dalam saingan domestik dan juga Eropah selepas turut kehilangan khidmat Lionel Messi ke Inter Mia­mi.

Tidak mustahil seorang lagi bintang PSG, Neymar juga akan mengikut jejak Messi dan Mbappe berhijrah menyertai pasukan baharu sejak berkelana ke kota Paris daripada Barcelona pada 3 Ogos 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI