fbpx

Nenek buta dan cucu 4 tahun tinggal di pondok buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Sao bersama Toey di kediaman mereka. – Facebook

BANGKOK, Thailand  –  Kesukaran seorang budak perempuan berumur empat tahun dan neneknya yang cacat penglihatan serta berusia 68 tahun di wilayah Buriram meruntun hati rakyat Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Orang ramai kemudian mendermakan 1 juta baht (RM133,555) untuk membantu keluarga tersebut 

Seorang guru bernama Phatcharin Esatee menggunakan media sosial untuk mencari bantuan untuk pelajarnya yang berumur empat tahun, Toey. 

Phatcharin berkongsi video menunjukkan Toey dan neneknya  di laman TikTok. Di sebalik usia yang begitu muda, Toey menguruskan semua kerja rumah termasuk membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk, malah dia turut membantu neneknya memasak.

Phatcharin bercakap kepada laman berita KhaoSod selepas video itu tular dan berkata, Toey belajar di Tadika Baan Makham Thantawan di mana dia ialah guru kelas budak perempuan itu.

Setiap hari, nenek Toey, Sao mengiringinya ke sekolah dan pulang bersendirian di sebalik kecacatannya.

Phatcharin berkata, dia terperanjat melihat keadaan rumah Toey. Kediaman itu sangat daif dan bumbungnya berlubang-lubang. Rumah Toey  hanya berlantaikan tanah dan dua beranak itu menggunakan sebuah bangku sebagai tempat tidur. 

“Nenek Toey memberitahu saya bahawa dia menggunakan tikar untuk melindungi Toey apabila hujan. Toey sangat baik di sekolah. Dia tiada wang untuk membeli makanan dan snek seperti pelajar lain tetapi tidak pernah menangis kerana itu. 

“Toey kadang kala meminta snek daripada saya dan saya berkongsi dengannya. Dia tidak pernah bermain dengan rakan-rakan pelajar pada waktu rehat. Dia sebaliknya datang untuk membantu saya membersihkan bilik darjah,” kata  Phatcharin.

Menurutnya, ibu bapa Toey bekerja di wilayah Rayong, timur Thailand tetapi mereka tidak pernah menghubungi atau menghantar wang untuk membantu kehidupan Toey dan neneknya.

Sao memiliki pendapatan cuma 1,400 baht (RM187)  sebulan daripada elaun orang kurang upaya dan warga emas.

Wanita warga emas itu berkata, mereka  makan nasi berlaukkan telur tetapi  Toey tiada masalah untuk makan nasi bersama garam sekiranya mereka kehabisan wang. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI