SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof menegaskan mahu kekal memfokuskan perjuangan tanpa syarat bersama Pas dan Muafakat Nasional (MN).
Eizlan, 51, terharu dengan reaksi positif beberapa figura politik termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menerima baik penyertaan beliau dalam parti itu kelmarin.
“Buat masa ini, fokus saya adalah mahu terus menyokong Tan Sri Annuar Musa dan perjuangan kami dengan Pas tanpa syarat.
“Saya juga amat menghargai dengan sokongan jitu Datuk Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kemungkinan dirinya dan Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.