fbpx

Anggota badan lelaki Russia didalam perut jerung betina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk memukul jerung yang membahan Popov sehingga mati. - New York Post

KAHERAH, Mesir – Anggota badan seorang lelaki Russia yang dibaham jerung di sebuah pusat peranginan di Mesir, ditemui di dalam perut pemangsa itu selepas ia dipukul hingga mati, lapor portal berita MailOnline.

Vladimir Popov, 23, dikelilingi seekor jerung harimau sebelum dia diseret ke dalam air di Hurghada sambil mangsa menjerit ‘papa, selamatkan saya!’.

Jerung itu kemudian ditangkap dan diheret ke darat menggunakan bot sebelum ia dipukul sehingga mati untuk ‘membalas dendam’.

Setelah menjalankan bedah siasat, pakar menemui mayat Popov di dalam usus jerung terbabit, lapor akhbar Al Arabiya.

Profesor di Institut Sains Marin Kebangsaan Mesir, Dr. Mahmoud Dra berkata, jerung itu adalah betina dan tiada apa-apa lagi ditemui di dalam perutnya.

Mangsa bersama bapanya, Yury Popov tinggal di Mesir selama beberapa bulan sebelum kejadian itu. 

Yury berkata, dia akan membakar mayat anaknya dan mengembalikan abu mayatnya ke negara asal mereka, Russia.

Pihak berkuasa Mesir mengesahkan, jerung itu telah diserahkan untuk penyelidikan bagi mengetahui punca kelakuannya dan mengenal pasti sama ada haiwan itu mempunyai kaitan  dengan seekor jerung yang ‘menjadi punca beberapa kemalangan sebelum ini’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI