fbpx

MHO gesa PDRM beri perkembangan kes kutu Sapiza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Musa Hassan menyerahkan surat permohonan perhatian dan tindakan lanjut kepada Timbalan Pengarah JSKK, Datuk Mohd. Hasbullah Ali di menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perkembangan kes pelaburan kutu Sapiza selepas lima bulan penangkapan suspek dilakukan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tuntutan itu dibuat mewakili suara mangsa dan ada dalam kalangan mereka ingin memberi maklumat tambahan dengan dokuman sokongan sebagai bukti-bukti baharu.

“Ada juga mangsa mendakwa wujud pihak ketiga meminta mereka untuk menarik laporan polis. Ini perkembangan tidak sihat.

“Suhubungan itu, kita desak pihak JSJK meneruskan siasatan serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak agar kertas siasatan dapat diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC),” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di Jalan Tun Razak hari ini.

Februari lalu, media melaporkan seramai 60 mangsa tampil membuat aduan kepada MHO dan daripada jumlah itu seramai 30 mangsa sudah membuat laporan polis.

Modus operandi skim kutu digelar ‘Ekstra Saving Sapiza’ adalah menampilkan iklan menarik di pelbagai platform media sosial dengan menjanjikan pulangan lumayan antara 10 hingga 60 peratus daripada wang yang dilaburkan.

Skim pelaburan kutu itu hingga kini dianggarkan menyebabkan kerugian RM50 juta membabitkan lebih 1,000 mangsa di seluruh negara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dipetik berkata, seramai lapan individu termasuk dalang utama sindiket skim simpanan yang dikenali sebagai Sapiza Saving Extra (SSE) ditahan polis pada 27 Januari lalu.

Beliau dilaporkan berkata, kesemua mereka terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita berusia dalam lingkungan usia 31 hingga 37 tahun di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan.

Tambah beliau, sehingga kini, sejumlah 116 laporan polis telah diterima melibatkan nilai kerugian berjumlah RM4,438,300.

“Siasatan awal mendapati skim ini telah mula aktif sejak tahun 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan ‘Permainan Kutu’.

Namun bermula pada tahun 2021, skim itu mula menawarkan beberapa pelan simpanan baharu iaitu pelan serendah RM250 sehingga RM20,000 merangkumi tempoh simpanan antara dua hingga lima bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI