fbpx

Fatin Afeefa, Opai padam gambar, status rumah tangga jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Fatin dan Opai memadam gambar-gambar bersama dalam akaun media sosial cetus spekulasi dalam kalangan netizen.

PETALING JAYA – Baru enam bulan bergelar suami isteri, suhu rumah tangga pelakon popular, Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang kini menjadi tanda tanya ramai apabila dilihat bertindak memadam gambar berdua daripada akaun media sosial masing-masing.

Fatin yang kini semakin sopan dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah April lalu bagaimanapun masih mengikuti suami menerusi Instagram, begitu juga dengan suaminya.

Difahamkan, situasi pelik tersebut bermula akibat ‘percanggahan’ idea suami isteri itu tentang pilihan atau penggunaan kereta mewah atau supercar, baru-baru ini.

Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, 29, bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau seorang pemilik kereta ‘biasa-biasa’ agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan, baru-baru ini.

Fatin kemudian bertindak menyindir suaminya itu dengan memberi komen berbunyi: “Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (suami sendiri) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara asasnya, bukan (berstatus) supercar.

“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutama merendah-rendahkan pemilik kereta lain,” kata Fatin sebuah video TikTok.

Sehingga hari ini, tiada lagi gambar mesra Fatin dan Opai dalam Instagram masing-masing, sekali gus menebarkan spekulasi sama ada rumah tangga mereka sedang bergolak atau apa yang dipaparkan hanyalah publisiti demi karier masing-masing.

Percubaan Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan ringkas dalam WhatsApp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI