fbpx

Wawa Zainal enggan kecoh, berlebih-lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak mahu terlalu berlebih-lebih sebagai penaja program realiti, Big Stage musim kelima.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal enggan bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca televisyen biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima (BS5).

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana itu sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.

“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.

“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.

“Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.

Menariknya, pentas BS5 juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.

Sebelum ini, beberapa penaja program hiburan seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida sering menerima kecaman ramai kerana berkelakuan ibarat lebih sudu dari kuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI