PETALING JAYA – Pemilik rumah terpaksa menanggung rugi apabila penyewa lari meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah dan berbau busuk.
“Sampah macam bertahun-tahun tak pernah buang. Tulang ikan, ayam semua ada bawah katil. Bau jangan ceritalah,” kata @nooraticanordin dalam kapsyen video yang dimuat naik di laman TikTok.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan penyewa tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.
“Aku kalau menyewa,sebelum pindah, aku akan pastikan rumah bersih seperti mana tuan rumah bagi sebelum masuk,” kata seorang pengguna.
“Aku bersyukur kalau dapat sewa bilik yang ada perabot. Aku akan jaga baik-baik. Tak boleh tengok sampah, mesti akan cepat-cepat sapu dan buang,” kata Titi pula.
Tidak ketinggalan, ada juga pengguna yang mendakwa pernah mengalami pengalaman sama.
“Dulu, ada orang sewa rumah saya. Doktor pelatih. Setahun dia tinggal di rumah sewa saya. Satu lori buang barang-barang dia. Perempuan pula tu,” kata Zarina.
“Pernah ada kawan sebilik yang macam ini. Katil tak pernah kemas. Almari lagilah. Makan minum semua atas katil,” kata Wana.
“Lepas saya tengok video ini, baru saya faham kenapa mak tak bagi sewakan rumah dia walaupun rumah itu dah lama kosong,” komen Farid pula.
Kini, perkongsian tersebut telah mendapat 3,388 tanda suka dan 437 komen. – KOSMO! ONLINE