fbpx

231 institusi pendidikan di tiga daerah ditutup bermula 7 hingga 20 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 231 institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terletak di daerah Dungun, Terengganu; Kerian, Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan akan ditutup bermula 7 November sehingga 20 November ini.

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, penutupan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga mukim di tiga daerah berkenaan.

Menurutnya, tiga mukim berkenaan termasuk Mukim Rasau, Dungun; Jimah, Port Dickson dan Negeri Sembilan dan Parit Buntar, Kerian.

“Penutupan ini akan membabitkan sebanyak 73 institusi pendidikan di seluruh Dungun, Terengganu; 91 institusi pendidikan di seluruh Kerian dan 67 institusi pendidikan Port Dickson.

“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM,” katanya.

Katanya, senarai institusi pendidikan yang ditutup di ketiga-tiga daerah ini akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

Menurut kenyataan itu lagi, sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

“Walau bagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah atau institusi sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum urid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi,” katanya.

Katanya, bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

Jelasnya lagi, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI